Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang berkualiti. Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati antara satu sama lain. Ini bukan sahaja dapat menjamin kepentingan dalam setiap ahli dalam keluarga tersebut malah juga dapat membantu dalam memupuk lagi kasih sayang antara ahli keluarga yang telah terjalin.
Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 1, bermaksud: “Dan takutlah kepada Allah yang minta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu.”
Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. Ibu bapa juga adalah orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah. Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan atau ganjaran yang paling besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa yang mereka taburkan sejak kita dalam kandungan sehingga dewasa.
Malah, sehingga kita mati sekaki pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu bapa tidak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak akan sempurna sepenuhnya jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa kita.
Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.
Pernah diceritakan pada zaman nabi mengenai jasa seorang ibu membesarkan anaknya.
Dimana kisah ini berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah dan terdapat seorang pemuda yang berasal dari Yaman memikul ibunya dan bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia kelihatan begitu keletihan.
Pemuda tersebut berjumapa dengan Ibnu Umar dan bertanya kepada Ibnu Umar: “Apakah menurutmu aku telah membayar segala jasa ibuku atas apa yang telah ibuku lakukan untukku selama ini?”
Ibnu Umar menjawab: “Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”
Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita.
Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara yang mempunyai pertalian darah dengan kita.
Allah memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga yang dekat atau jauh.
Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa’, ayat 36, bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya.”
2 comments:
salam :)
lagu kat blog nie tajuk ape tah?
nak dload :)
taubat seorang hamba=)
Post a Comment