Friday, October 23, 2009

KISAH: ULAMA LAHIR & ULAMA BATIN

Seorang ulama Fiqh, Ibrahim Ar-Raqi mengunjuni seorang ulama Sufi, Abul Khair. Ketika itu azan Maghrib sedang berkumandang. Abul Khair terus mengimami jemaah termasuk Ibrahim. Semasa mendengar bacaan Fatehah Abul Khair yang mendatar dan tidak begitu sempurna, terdetik di hati Ibrahim tentang kekurangan pada Abul Khair dan sia-sia saja datang ke situ.

Selepas memberi salam, Ibrahim terasa hendak membuang air lalu keluar dari rumah Abul Khair. Tiba-tiba dia ternampak seekor singa ganas menuju ke arahnya. Dia cepat-cepat berlari dan masuk semula ke rumah memberitahu Abul Khair tentang peristawa yang dialaminya itu.

Abul Khair segera turun ke halaman rumahnya dan bertiak dengan kuat kepada singa yang masih ada di situ, "Bukankah telah aku katakan jangan ganggu tetamu yang menziarahiku." Singa itu segera berlalu pergi seolah-olah faham akan apa yang didengarinya.

Ketika berada di rumah, Abul Khair berkata kepada Ibrahim, " Kamu asyik membetulkan amalan lahiriah sehingga kamu takut akan seekor singa. Manakala kami pula asyik membetulkan amalan batin, maka singa yang ganas takut kepada kami."

Moral:
  • Adab ziarah-menziarah amat dituntut oleh Islam.
  • Taqwa adalah amalan hati. Mereka yang bertaqwa akan disegani manusia dan ditakuti oleh haiwan.
  • Nasihat yang ikhlas dan jujur hendaklah diterima dengan rasa ikhlas dan jujur juga.


0 comments:

Post a Comment

Followers