Kepekaan terhadap sesuatu menjadi ukuran terhadap nilai sesebuah masyarakat. Masyarakat yang dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW sangat sensitif terhadap ajaran Islam. Seruan untuk jidah disambut dengan rela hati. Mereka sanggup mengorbankan harta dan diri mereka kerana menegakkan agama Allah. Mereka berlumba-lumba mengejarkan kebajikan dan ketaatan walau sekecil mana sekalipun. Bagi mereka semua kebajikan adalah suruhan Allah. Pada masa yang sama mereka menjahui segala larangan Allah sama ada yang besar atau yang kecil. Besar atau kecilnya larangan pada mereka sama sahaja kerana semua itu adalah larangan Allah. Lantaran kepekaan terhadap suruhan dan larangan Allah, mereka sangat takut untuk mengerjakan maksiat walau kesalahan yang kecil sekalipun. Jika mereka membuat kesalahan dan dosa walaupun kecil, mereka merasakan tertekan seolah-olah gunung Uhud akan menimpa dirinya. Apatah lagi dosa besar...
Masyarakat sekarang sudah banyak berbeza. Kebanyakannya tidak peka terhadap ajaran Islam. Walaupun telah melakukan dosa besar yang sangat banyak, namun dirasakan seperti seekor lalat yang menghinggap batang hidungnya; seolah-olah tidak ada apa-apa. Ini berbeza sekali dengan generasi awal yang merasakan akan dihimpap gunung hanya dengan melakukan dosa yang amat kecil.
Bertapa Nabi Adam A.S menangis beratus-ratus tahun hanya melakukan satu dosa sahaja iaitu memakan buah khuldi yang dilanrang oleh Allah; Sehinggakan airmata tangisannya mengalir menjadi sungai dan laut yang dapat dimanfaatkan hingga dewasa ini.
Renungilah diri kita sendiri yang tidak lari dari mengerjakan maksiat dan dosa..
Pernakah kita menangisi kejahilan kita seperti tangisan keinsafaan Nabi Adam A.S??
Hisablah diri anda, sebelum anda akan dihisab di akhirat kelak..
0 comments:
Post a Comment