Wednesday, October 21, 2009

KISAH: DOA SI-SEPET YANG MAKBUL

Satu hari dizaman seorang khalifah telah berlakunya kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun sudah beberapa bulan. Perintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk melakukan solat sunat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Akan tetapi hujan tidak turun juga. Khalifah telah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh dan yang mempunyai ikutan yang ramai, untuk berdoa bersama-sama kepada Allah tetapi keadaan tetap tidak berubah.

Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil kehadapan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya datang seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa dengan khalifah. " Ya khalifah saya datang untuk menyahut seruan tuanku". Khalifah macam tidak begitu yakin apabila melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? sedangkan ramai ulama dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?" Pemuda itu menjawab, "InsyAllah doa kita akan dimakbulkan!".

Pemuda itu terus mengimami jemaah dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya. Khalifah terus bertanya, "Wahai pemuda cuba kamu ceritkan kepada beta, apakah amalanmu sehingga doamu diperkenankan Allah?" Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dahulu saya begitu asyik melihat wajah seornag gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari melaksanakan perintah Allah. Saya menyesal atas kejahilan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar daripada rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahilan itu dan mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus malekukan sujud syukur.


0 comments:

Post a Comment

Followers