Wednesday, November 4, 2009

TAZKIRAH: KESAN KEIMANAN YANG SEBENAR


Iman yang benar ialah Iman yang merangkumi pengertian dan ciri-ciri keimanan, seperti bersih daripada syirik khafi dan riyak. Iman yang benar meresap ke dalam hati dan bertakhta di jiwa, menggerakkan anggota zahir untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT, menjadikan perkara-perkara ghaib seolah-olah hadir di hadapan mata, memenuhkan jiwa dengan perasaan tenang, tabah dan tetap pendirian, memudahkan mereka yang mempunyai Iman seperti ini menyebabkan kita berkorban apa sahaja demi Jalan Allah SWT, menambahkan pergantungan, kepercayaan, tawakal, harapan, takut dan penyerahan mereka kepada Allah SWT.


Bila pengertian Iman seperti ini memenuhi hati seseorang Muslim jiwa akan ringan melakukan apa sahaja bentuk ibadah dan ikhlas semata-mata kepada Allah SWT. Ibadah dan Iman seperti ini mempunyai pengaruh dan kesan yang besar dalam penghidupan dunia dan akhirat. Kehidupan dunia dengan kebahagian, kegembiraan dan ketenangan yang meresap di seluruh pelosok jiwa. Kegemilangan yang sungguh indah dan cahaya yang terang akan memenuhi batin seseorang Muslim. Apabila cahaya bati ini bertambah sinarnya dan melimpah di wajah Muslim, sinar yang dapat dilihat oleh orang-orang yang beriman sekalipun kulit Muslim itu hitam atau swo matang. Manakala di akhirat pula kemanisan Iman ini akan dapat dirasakan lebih manis dari madu.


Sebahagian dari tanda-tanda lahir bagi kemanisan Iman ialah kecintaan seseorang Mukmin untuk melakukan ibadah, merasa selesa dan tenang melakukannya serta merasa rindu dan lapang dada melakukannya. Janganlah kita merasa pelik dan menganggap perkara ini hanyalah khayalan semata-mata kerana Iman mempunyai kemanisan yang dapat dirasakan oleh Ruh sebagaimana lidah dapat merasakan kemanisaan makanan. Hadis Rasulullah S.A.W. yang mulia telah menyebut: "Jika terdapat perkara ini pada seseorang beliau akan merasakan kemanisan Iman: beliau mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih dari segala sesuatu, beliau benci untuk kembali kepada kekufuran setelah dilepaskan Allah daripadanya sebagaimana benci dicampakkan ke dalam api neraka, beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu (kepentingan) tetapi hanyalah kerana Allah."


Iman adalah kemanisan dan kemanisan tersebut akan bertambah apabila Iman bertambah kuat dan termateri. Sebahagian dari Iman yang benar dan ibadat yang sah ialah Allah SWT akan mencampakkan ilham dan lintasan-lintasan ke dalam hati mukmin. Ilham dan lintasan hati yang akan menyuluh jalan orang-orang yang beriman, menolong dalam menyelesaikan permasalahan dan menolong mencari kebenaran.


Kasyaf adalah juga sebahagian dari kesan Iman yang benar. Kasyaf yang dimaksudkan di sini ialah Allah SWT membukakan tabir yang melindungi sebahagian daripada perkara-perkara yang tersembunyi atau ghaib. Termasuk juga dalam pengertian kasyaf ini ialah mengetahui bisikan hati, niat dan kelemahan sesetengah manusia dengan izin Allah SWT. Kasyaf seperti dikenali sebagai Firasat Mu'min. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Takutlah Firasar orang-ornag Mukmin, sesungguhnya ia melihat dengan Nur Allah."


Dalam satu athar (kejadian ataukisah yang berlaku pada zaman sahabat) dikisahkan bahawa Sayidina Othman Bin Affan r.a. telah berkata kepada sebahagian orang ramai yang datang menemuinya: "Salah seorang di kalangan kamu yang masuk, sedangkan kesan zina jelas kelihatan di antara dua matanya." Lantas di kalangan yang hadir itu bertanya: "Adakah wahyu turun selepas Rasulullah S.A.W., wahai Amir al-Mukminin?" Soalan ini dijawab oleh beliau denagan katanya: "Tidak malah ianya adalah Firasat Orang Mukmin". Kesan zina tersebut yang dilihat oleh Sayyidina Othman ialah kesan daripada melihat perkara yang haram, kerana dalam Hadis Rasulullah S.A.W. pernah menyatakan bahawa mata itu berzina dan zina mata ialah melihat perkara yang haram.


Ilham, lintasan hati dan firasat adalah termasuk dalam perkara-perkara yang thabit dan pernah berlaku. Kadangkala perkara ini disebut Karamah. Karamah adalah satu kebenaran yang mesti diterima dan diakui dan wajib diimani, tetapi tidak harus dijadikan dalil terhadap hukum hakam hanyalah terbatas pada al-Quran dan as-Sunnah dan ceraiannya. Walaupun demikian ilham dan sebaginya bolehlah dianggap sebagai penunjuk jalan untuk mengenali seseorang, keadaan-keadaan tertentu, mengetahui perkara-perkara yang bersangkutan dengan urusan hidup; mana yang harus dilakukan atau ditinggalkan.


Sebahagian dari mimpi-mimpi adalah benar dan sebahagian besarnya adalah karut-karut. Mimpi seseorang yang benar-benar beriman pada ghaibnya adalah benar dan jelas dan memerlukan ta'bir.

TAZKIRAH: BERAMAL DENGAN POSITIF


Amal suatu yang akan di nilai oleh Allah SWT, bagaimana kita melihat dan mempunyai anggapan terhadap amal-amal yang kita lakukan, adakah kita mahu melakukan amal-amal itu kerana untuk mendapatkan pujian? Ingin untuk mendapatkan ganjaran atau ingin untuk mencari keredhaan Allah SWT. Setiap matlamat akan memberikan tindakan yang berbeza di dalam melaksanakan tugas tersebut.


Pengorbanan yang dilaksanakan bergantung kepada perasaan dan tangganpan yang ada di dalam diri seseorang, bagaimana beliau melihat tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan, samada kita berfikiran positif atau tidak, tugas-tugas tersebut tetap kita akan lakukan, cuma apabila kita berfikiran positif segala yang kita terima akan dilaksanakan dengan ceria dan penuh persediaan untuk memastikan ianya akan terlaksana dengan baik dan cemerlang. Sebaliknya jika kita berfikiran negatif, kita akan menerima tugas tersebut dengan perasan susah, tidak sepenuh hati dan akan melaksanakan tugas dengan rasa tidak ceria yang menyebabkan akhirnya tugas-tugas tersebut tidak dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan berakhir dengan banyak kegagalan berbanding dengan kejayaan.


Bagi orang yang positif tidak semestinya sentiasa berjaya tetapi apabila melalui kegagalan ia sentiasa berfikir mungkin ada yang terbaik yang perlu dilakukan bagi mengatasi kegagalan tersebut, atau ia berfikir mungkin aku belum lagi melakukan yang terbaik, jika gagal juga ia tetap berusaha kerana kegagalan menyebabkan ia lebih matang dan mungkin ini suatu pengajaran bagi dirinya agar tidak melakukan kegagalan yang lebih besar di kemudian hari.


Oleh sebab itu kita tidak boleh lari dari berbaik sangka terhadap Allah SWT kerana semua yang berlaku adalah di dalam ketentuan Allah SWT dan Allah Maha Mengetahui mengapa perkara itu berlaku seperti yang kita lihat dan mesti ada yang terbaik yang perlu kita lakukan untuk memperbaiki segala kegagalan yang kita hadapi. Adalah lebih baik menyedari kesilapan yang berlaku daripada tidak menyedari yang kita telah melakukan kesilapan, adalah lebih baik bermula dari tidak bermula langsung, setiap langkah akan menyebabkan kita berada jauh di hadapan. Yang perlu kita lakukan adalah merasai kita mampu melakukan yang terbaik dan yang terbaik itu hanya akan dicapai apabila kita merasakan dan beranggapan yang kita boleh melaksanakan dengan izin Allah SWT. Selamat menjalani kehidupan yang bermakna.

TAZKIRAH: AYUH! PUPUK CINTA PADA AKHIRAT



Manusia adalah makhluk paling sempurna ciptaan Allah. Berbanding makhluk-makhluk lain ciptaan Allah, manusia dikurniakan akal fikiran dan kurniaan ini menjadikan manusia lebih istimewa. Akal menjadikan manusia boleh berfikir baik dan buruk. Manusia diberikan kebebasan memilih apa sahaja yang mereka inginkan sama ada ia baik ataupun tidak. Walaupun begitu, manusia akan dipertanggungjawabkan dengan pilihan mereka sepenuhnya. Jika manusia memilih kebaikan sepertimana yang diperintahkan Allah, ganjaran syurga menanti di akhirat kelak. Sebaliknya jika manusia memilih untuk berbuat kejahatan, balasan buruk akan diterima di akhirat kelak.


Dunia yang kita diami semakin hari semakin meninggalkan kita. Akhirat pula semakin menghampiri kita. Bagi manusia yang memilih untuk mencintai dunia melebihi segala-galanya, mereka adalah hamba dunia. Ini kerana mereka sanggup mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi keperluan mereka di dunia tanpa memikirkan sedikitpun kehidupan mereka di ajhirat kelak. Mereka menangguh-nanggguhkan perbuatan amal kebajikan kerana sibuk dengan urusan dunia. Mereka ini tergolong dalam mereka yang rugi. Harta dunia yang mereka kumpulkan di dunia ini tidak sedikitpun berguna di akhirat kelak. Berbeza sama sekali dengan orang yang beriman, kemewahan harta dunia tidak sedikitpun mempengaruhi cinta mereka pada akhirat. Mreka akan menumpukan banyak bagi mencari bekalan akhirat.Orang beriman, jika ditakdirkan menerima nikmat yang besar, dia sudah tentu akan mengucapkan syukur di samping memantapkan keimanan kepada Allah S.W.T. di atasa kurniaannya itu.


Manusia mesti menggunakan segala nikmat yang dikurniakan Allah dengan sebaik-baiknya tanpa melakukan sebarang bentuk kerosakan. Pun begitu, disebabkan sifat tamak haloba manusia, mereka sanggup melakukan apa sahaja sehingga menyebabakan kerosakan di atas muka bumi ini semata-mata mahu memenuhi keinginan masing-masing yang tidak pernah terhad. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:


“Maka apakah sama orang yang kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (syurga) lalu dia memperolehinya dengan orang yang kami berikan kepadanya kesenangan hidup duniawi, kemudian pada hari kiamat dia termasuk orang-orang yang diseret (ke dalam naraka)?”


(Surah Al-Qasas : Ayat 61)


Segala nikmat kurniaan Allah perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Binatang, tumbuh-tumbuhan dan segala di alam ini diciptakan oleh Allah untuk memudahkan urusan manusia di atas muka bumi beribadah dalam ertikata melakukan apa sahaja aktiviti demi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. semata-mata. Ini semua untuk menambakan bekalan sebelum sampai waktunya kita bertemu Allah apabila tiba masanya di akhirat kelak.


Sungguh, Terlalu Besar Nikmatmu Ya Allah!


Alangkah besar dan banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita. Allah memberikan nikmat mata dan nikmat penglihatan kepada kita. Allah memberikan nikmat telinga dan nikmat pendengaran kepada kita. Allah memberikan nikmat kaki dan nikmat bergerak kepada kita. Ada orang ada mata tapi tidak dapat melihat, buta namanya. Ada orang mempunyai telinga tetapi tidak dapat mendengar, tuli namanya. Ada orang mempunyai lidah tetapi tidak dapat berkata-kata, bisu namanya. Ada orang mempunyai kaki tetapi tidak dapat bergerak, lumpuh namanya. Begitu juga ada orang mempunyai tangan tetapi tangannya tidak dapat digunakan.


Allah S.W.T. memberikan nikmat-nikmat-Nya yang tidakkan terkira oleh manusia di dunia ini kepada seluruh umat manusia walaupun yang ingkar. Bagi orang-orang beriman yang melaksanakan hak-hak yang sepatutnya terhadap nikmat yang Allah kurniakan ini, Allah mengurniakan pula rahmat-Nya. Melalui rahmat Allah, Allah memasukkan hamba-hambanya yang beriman ke dalam syurga. Di akhirat kelak, ada seorang abid meminta supaya dimasukkan ke dalam syurga melalui amalannya selama beratus-ratus tahun setelah Allah memerintahkan supaya dia dimasukkan ke syurga melalui rahmat-Nya. Lantas apabila ditimbang amalnya dengan nikmat kurniaan Allah, ternyata amalnya tidak dapat menyamai walau hanya dengan sebiji mata yang dikurniakan Allah. Sungguh, rahmat kasih sayang Allahlah yang membawa hamba itu kepada kebahagiaan hakiki.


Maha Besar Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Setiap sedutan dan hembusan nafas kita adalah nikmat daripada-Nya. Di manakah lagi seorang hamba dapat mencari Tuan yang senantiasa memberi kurnia walaupun hambanya itu sering kali mengingkari arahan dan tidak melaksanakan perintah-perintah-Nya. Berkali-kali kita melakukan maksiat, berkali-kali juga Dia memberi peluang keampunan kepada kita. Nikmat-Nya masih terus mencurah-curah ke atas hamba-Nya walaupun dosa hamba-Nya itu bertimbun-timbun.


Namun, mengapakah diri ini selaku hamba-Nya yang sentiasa menghirup nikmat daripada-Nya masih terus malas dan sombong untuk mengucapkan syukur kepada Tuannya. Mengapakah hamba yang sentiasa diberikan nikmat ini masih lagi melanggar arahan-Nya. Mengapakah hamba yang hina ini masih malas untuk beramal dan berbakti kerana-Nya. Mengapakah hamba yang penuh dengan kekotoran dan dosa ini masih tidak mahu memohon keampunan-Nya. Sungguh kerasnya hati ini. Tidakkah diri ini sedar, bila-bila masa sahaja segala-galanya ini boleh hilang. Ya, mati pasti datang dan peluang memperoleh pahala dan keampunan-Nya belum tentu masih terbuka untuk esok hari. Mati yang memutuskan manusia daripada segala jenis kenikmatan dunia. Mati yang akan membawa manusia kepada kebahagiaan hakiki ataupun penyesalan hakiki. Maha Suci Tuhan yang Maha Agung. Berbahagialah orang yang memilih menyucikan kehidupannya dengan ketaatan dan ketundukan kepada Allah.


Monday, November 2, 2009

TAZKIRAH: DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.


Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)


Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.


Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia,inikan pula daging saudara sendiri.


Dosa mengumpat bukan saja besar,malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.


Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.


Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat
Abu Daud)


Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.


Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".


Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.


Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.


Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada
mengumpat.


KISAH: SYAHID SELEPAS MEMELUK ISLAM

Suatu ketika tatkala Rasulullah S.A.W sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui baginda. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah S.A.W. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.


Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Nabi S.A.W, menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Nabi S.A.W. Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.
Nabi S.A.W menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira., tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.


"Untuk apa ikut ke mari ya Amar !" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalu mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi."
Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasul S.A.W, maka baginda pun bersabda,, "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Nabi S.A.W berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah."


"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit."
Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Nabi S.A.W . Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Nabi S.A.W menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.


Wednesday, October 28, 2009

TAZKIRAH: DIMANAKAH KITA?

Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Bagaimanapun ada dua nikmat yang besar yanmg banyak orang tidak terasa. Sabda Rasulullah: "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Riwayat Bukhari.

"Sesungguhnya di antara nikmat yang pertama kali dinyatakan kepada hamba pada hari kiamat ialah dngan mengatakan kepadanya, "Bukankah kami membuat badanmu sihat dan kami menjirus dengan air yang dingin?" Riwayat Tirmizi, Ibn Hibban dan Hakim.

Sihat dan kelapangan waktu adalah nikmat yang besar. Bila tidak sakit, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai sihat. Apabila manusia tidak sedar nikmat sihat, maka banyak orang tidak mengingat Allah, tidak takut pada Allah bila mereka siaht. Dan sebaliknya mereka melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan orang yang telah kufur nikamt iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untuk kembali menentang Allah.

Satu lagi nikmat ialah kelapangan. Banyak orang tidak sedar mengenainya. Bila lapang, sihat, rezeki melimpah, harta telah mencukupi, banyak kemudahan ada, mereka lupa pada Allah. Mereka gunakan kelapangan ini untuk kepentingan diri mereka sahaja, tidur, keluar bersuka-suka, melancong ke tempat maksiat, melengung di kedai kopi, bersembang-sembang dan sebagainya. Sedangkan masa lapang yang Allah bagi hendaklah diguna untuk mengingatiNya, bekerja di jalanNya, melakukan kerja kebajikan masyarakat dan sebagainya. Bila waktu sibuk datang semula kepada mereka, mereka akan terus melupakan Tuhan! Apa tidaknya, jika masa lapang pun mereka tidak mengingat Allah, apalagi bila sibuk, khsusnya sibuk mengejar dunia.

Sabda Rasulullah: "Pergunakan perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu." (Ditakhrij Al Hakim)


TAZKIRAH: CINTA REMAJA




Cinta di usia remaja adalah lumrah kehidupan. Namun demikian, percintaan remaja ketika masih belajar telah banyak menimbulkan polimik. Para psikologis berbelah bahagi tentang hal ini. Umumnya, konsep bercinta di usia remaja adalah lebih banyak mendatangkan keburukan daripaa kebaikan. Hal ini berlaku kerana adalah sukar untuk seseorang individu itu khususnya remaja untuk memfokuskan diri semasa belajar ketika sedang asyik bercinta. Namun demikian, terdapat juga kes-kes di mana remaja yang bercinta dapat memotivasikan diri mereka dalam pelajaran. Tetapi harus diingat hal ini (peningkatan prestasi pelajaran) tidak menunjukkan peratus yang tinggi. Secara keseluruhannya, dinasihatkan agar remaja khususnya bagi mereka yang sedang menuntut supaya dapat mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam percintaan.

Terdapat pelbagai faktor yang membuatkan remaja terjerumus ke dalam masalah percintaan. Antaranya ialah, tidak mempunyai jati diri yang benar-benar kental. Budaya terikut-ikut dengan kawan yang bercinta banyak menyumbang ke arah ini.Seterusnya terlupa kepada tujuan asal atau matlamat sebenar. Sepatutnya, di usia remajalah mereka harus fokus sepenuhnya kepada pelajaran demi masa depan yang gemilang. Selain itu, gagal mengawal emosi secara rasional dan matang. Percintaan adalah lumrah emosi seorang manusia. Namun demikian, timbul persoalan bagaiman pelajar mahu membahagikan masa dengan sempurna antara percintaan dan pengajian. Kekurangan kasih sayang dari keluarga dan didikan agama yang kurang dipraktiskan dalam kehidupan seharian antara faktor utama menebabkan remaja terjerumus ke dalam masalah cinta.

Islam tidak pernah melarang untuk bercinta kerana ini sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang cenderung kepada kasih sayang. Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyatakan hal ini. Namun demikian, menurut Islam percintaan adalah sesuatu yang murni dan suci. Islam membataskan pergaulan antara bukan muhrim. Pertemuan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim tanpa ada muhrim yang menemani wanita tersebut serta atas tujuan yang tidak perlu menurut syara' adalah dilarang sama sekali dengan tegas kerana seperti mana yang kita sedia maklum, syaitan akan turut hadir bersama.

Tidak dapat disangkal, banyak masalh timbul akibat fenomena percintaan di usia remaja. Antaranya termasuklah ponteng sekolah, ponteng kuliah, kes-kes khalwat, kes-kes penzinaan, buang anak, malahan sehingga dipaksa menajdi pelacur oleh teman lelaki. Untuk mengatasi masalah ini, penghayatan agama adalah jalan penyelesaian yang paling efisen. Bukankah hanya Pencipta yang lebih mengetahui jalan penyelesaian yang terbaik?

Namun seandainya remaja yang telah teribat dalam percintaan, maka menjadi satu tugas yang 'berat' bagi mereka untuk menyeimbangkan antara percintaan dan pelajaran. Antara langkah yang terbaik untuk membantu termasuklah menstrukturkan jadual belajar dengan lebih kemas, merujuk kepada ibu bapa, dan yang paling penting adalah saling nasit-menasihati antara satu sama lain tentang peri pentingnya menjaga kesucian maruah diri dan negara.


TAZKIRAH: KEHIDUPAN KITA MANUSIA

Adapun manusia hidup di dunia ini adalah ibarat orang yang belajar di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal menuju daratan yang jauh di sana. Setelah berhari-hari di lautan, sedangkan daratan yang dituju itu belum juga kelihatan. Maka pada suatu hari kapal itu singgah pada satu pulau. Adapun orang yang turun ke pulau ini terbahagi kepada tiga golongan.

Golongan Pertama: Mereka tahu dan ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah berehat-rehat sebentar, lantas mereka kembali ke kapal. Mereka ingat bahawa bukan pulau ini yang menjadi tujuan mereka.

Golongan Kedua: Mereka terpengaruh dengan kehidupan pulau. Pohon kelapa di pulau itu melambai-lambai ditiup angin, airnya jernih, ikannya jinak. Mereka terpegun dan terlena, tetapi kemudian mereka ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Maka mereka kembali ke kapal. Tetapi kerana terlambat, tempat duduk sudah habis diduduki orang.

Adapun golongan Ketiga inilah yang paling malang. Setelah dibunyikan semboyan kapal yang pertama tidak mereka pedulikan, dibunyikan sekali lagi, juga tidak dihiraukan dan berbunyi kali ketiga, kapal itu pun berangkat. Setelah kapal itu jauh, dipanggil tidak kembali lagi. Mereka inilah golongan yang amat malang. Nauzubillah..


Saturday, October 24, 2009

KISAH: UKHUWAH

Kisah ini merupakan kepemimpinan Ali Ibn Abi Thalib dalam Khulafaurrasyidin yang sangat patut kita contohi dan teladani.

Tidak ada khalifah yang paling mencintai ukhuwah, ketika orang berusaha menghancurkannya, seperti Ali bin Abi Thalib. Baru saja dia memegang tampuk pemerintahannya, beberapa orang tokoh sahabat melakukan pemberontakan. Dua orang di antara Muhajirin meminta izin untuk melakukan umrah. Ternyata mereka kemudian bergabung dengan pasukan pembangkang. Walaupun menurut hukum Islam pembangkang harus diperangi, Ali memilih pendekatan persuasif. Dia mengirim beberapa orang utusan menyadarkan mereka. Beberapa pucuk surat dikirimkan. Namun, seluruh upaya ini gagal. Jumlah pasukan pemberontak semakin membengkak. Mereka bergerak menuju Basra.

Dengan hati yang berat, Ali menghimpun pasukan. Ketika dia sampai di perbatasan Basra, di satu tempat yang bernama Alzawiyah, dia turun dari kuda. Dia melakukan solat empat rakaat. Selesai solat, dia merebahkan pipinya ke atas tanah dan air matanya mengalir membashi tanah di bawahnya. Kemudian dia mengangkat tangan dan berdoa: "Ya Allah, yang memelihara langit dan apa-apa yang dinaunginya, yang memelihara bumi dan apa-apa yang ditumbuhkannya. Wahai Tuhan pemilik 'arasy nan agung. Inilah Basra. Aku mohon kepada-Mu kebaikan kota ini. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya. Ya Allah, masukkanlah aku ke tempat masuk yang baik, kerana Engkaulah sebaik-baiknya yang menempatkan orang. Ya Allah, mereka telah membangkang aku, menentang aku dan memutuskan bay'ah-ku. Ya Allah, peliharalah darah kaum Muslim."

Ketika kedua pasukan sudah mendekat, untuk terakhir kalinya Ali mengirim Abdullah Ibn Abbas menemui pemimpin pasukan pembangkang, mengajak bersatu kembali dan tidak menumpahkan darah. Ketika usaha ini pun gagal, Ali berbicara di hadapan sahabat-sahabatnya, sambil mangangkat al-Qur'an di tangan kanannya: "Siapa di antara kalian yang mahu membawa mushaf ini ke tengah-tengah musuh. Sampaikanlah pesan perdamaian atas nama al-Qur'an ini dengan tangan yang lain; jika tangan itu pun terpotong, gigitlah dengan gigi-giginya sampai dia terbunuh."

Seorang pemuda Khufah bangkit menawarkan dirinya. Kerana melihat usianya terlalu muda, mula-mula Ali tidak menghiraukannya. Lalu dia menawarkannya kepada sahabat-sahabatnya yang lain. Namun, tidak seorang pun menjawab. Akhirnya Ali menyerahkan al-Qur'an berada di tengah-tengah kita. Demi Allah, janganlah kalian menumpahkan darah kami dan darah kalian."

Tanpa rasa gentar dan penuh dengan keberanian, pemuda itu berdiri di depan pasukan Aisyah. Dia mengangkat al-Qur'an dengan kedua tangannya, mengajak mereka untuk memlihara ukhwah. Teriakannya tidak didengar. Dia disambut dengan tebasan pedang. Tangan kanannya terputus. Dia mengambil mushaf dengan tangan kirinya, sambil tidak henti-hentinya menyerukan pesan perdamaian. Untuk kedua kalinya tangannya ditebas. Dia mengambil al-Qur'an dengan gigi-giginya, sementara tubuhnya sudah bersimbah darah. Sorot matanya masih menyerukan perdamaian dan mengajak mereka untuk memelihara darah kaum Muslim. Akhirnya orang pun menebas lehernya.

Pejuang perdamaian ini rubuh. Orang-orang membawanya ke hadapan Ali Ibn Abi Thalib. Ali mengucapkan doa untuknya, sementara air matanya deras membasahi wajahnya. "Sampai juga saatnya kita harus memerangi mereka. Tetapi aku nasihatkan kepada kalian, janganlah mengganggu orang yang terluka, dan janganlah mengejar orang yang lari. Jangan membuka aurat mereka. Jangan merosak tubuh orang yang terbunuh. Bila kalian mencapai perkampungan mereka sedikit pun. Jangan menyakiti permpuan walaupun mereka mencemuhkan kamu. Jangan mengecam pemimpin mereka dan orang-orang soleh di antara mereka."

Sejarah kemudian mencatat kemenangan di pihak Ali. Seperti yang dipesankannya, pasukan Ali berusaha menyembuhkan luka ukhwah yang sudah retak. Ali sendiri memberikan ampunan massal. Sejarah juga mencatat bahwa tidak lama setelah kemenangan ini, pembangkang-pembangkang yang lain muncul. Mu'awiyah mengarahkan pasukan untuk memerangi Ali. Ketika mereka terdesak dan kekalahan sudah di ambang pintu, mereka mengangkat al-Qur'an, memohon perdamaian. Ali, yang sangat mencintai ukhwah, menghentikan peperangan. Seperti kita ketahui bersama, Ali dikhianati. Kerana kecewa, segolongan dari pengikut Ali memisahkan diri. Golongan ini, kelak terkenal sebagai Khawarij, beruabh menjadi penentang Ali. Seperti biasa, Ali mengirimkan utusan untuk mengajak mereka berdamai. Seperti biasa pula, upaya tersebut gagal.

Dari: Islam Aktual. Jalaluddin Rakhmat. Mizan, Jakarta 1991

Friday, October 23, 2009

KISAH: ULAMA LAHIR & ULAMA BATIN

Seorang ulama Fiqh, Ibrahim Ar-Raqi mengunjuni seorang ulama Sufi, Abul Khair. Ketika itu azan Maghrib sedang berkumandang. Abul Khair terus mengimami jemaah termasuk Ibrahim. Semasa mendengar bacaan Fatehah Abul Khair yang mendatar dan tidak begitu sempurna, terdetik di hati Ibrahim tentang kekurangan pada Abul Khair dan sia-sia saja datang ke situ.

Selepas memberi salam, Ibrahim terasa hendak membuang air lalu keluar dari rumah Abul Khair. Tiba-tiba dia ternampak seekor singa ganas menuju ke arahnya. Dia cepat-cepat berlari dan masuk semula ke rumah memberitahu Abul Khair tentang peristawa yang dialaminya itu.

Abul Khair segera turun ke halaman rumahnya dan bertiak dengan kuat kepada singa yang masih ada di situ, "Bukankah telah aku katakan jangan ganggu tetamu yang menziarahiku." Singa itu segera berlalu pergi seolah-olah faham akan apa yang didengarinya.

Ketika berada di rumah, Abul Khair berkata kepada Ibrahim, " Kamu asyik membetulkan amalan lahiriah sehingga kamu takut akan seekor singa. Manakala kami pula asyik membetulkan amalan batin, maka singa yang ganas takut kepada kami."

Moral:
  • Adab ziarah-menziarah amat dituntut oleh Islam.
  • Taqwa adalah amalan hati. Mereka yang bertaqwa akan disegani manusia dan ditakuti oleh haiwan.
  • Nasihat yang ikhlas dan jujur hendaklah diterima dengan rasa ikhlas dan jujur juga.


TAZKIRAH: DOSA IBARAT GUNUN DAN LALAT

Kepekaan terhadap sesuatu menjadi ukuran terhadap nilai sesebuah masyarakat. Masyarakat yang dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW sangat sensitif terhadap ajaran Islam. Seruan untuk jidah disambut dengan rela hati. Mereka sanggup mengorbankan harta dan diri mereka kerana menegakkan agama Allah. Mereka berlumba-lumba mengejarkan kebajikan dan ketaatan walau sekecil mana sekalipun. Bagi mereka semua kebajikan adalah suruhan Allah. Pada masa yang sama mereka menjahui segala larangan Allah sama ada yang besar atau yang kecil. Besar atau kecilnya larangan pada mereka sama sahaja kerana semua itu adalah larangan Allah. Lantaran kepekaan terhadap suruhan dan larangan Allah, mereka sangat takut untuk mengerjakan maksiat walau kesalahan yang kecil sekalipun. Jika mereka membuat kesalahan dan dosa walaupun kecil, mereka merasakan tertekan seolah-olah gunung Uhud akan menimpa dirinya. Apatah lagi dosa besar...
Masyarakat sekarang sudah banyak berbeza. Kebanyakannya tidak peka terhadap ajaran Islam. Walaupun telah melakukan dosa besar yang sangat banyak, namun dirasakan seperti seekor lalat yang menghinggap batang hidungnya; seolah-olah tidak ada apa-apa. Ini berbeza sekali dengan generasi awal yang merasakan akan dihimpap gunung hanya dengan melakukan dosa yang amat kecil.
Bertapa Nabi Adam A.S menangis beratus-ratus tahun hanya melakukan satu dosa sahaja iaitu memakan buah khuldi yang dilanrang oleh Allah; Sehinggakan airmata tangisannya mengalir menjadi sungai dan laut yang dapat dimanfaatkan hingga dewasa ini.
Renungilah diri kita sendiri yang tidak lari dari mengerjakan maksiat dan dosa..
Pernakah kita menangisi kejahilan kita seperti tangisan keinsafaan Nabi Adam A.S??
Hisablah diri anda, sebelum anda akan dihisab di akhirat kelak..


Thursday, October 22, 2009

TZKIRAH: 9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

a) PEMARAH
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang sepertiini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) PENDENDAM
Tersembunyi ibarat mengumpul larah di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelek orang yang didendami itu.

c) HASAD DENGKI
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) BAKHIL
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah dan Allah amat membenci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) TAMAK
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) TIDAK SABAR
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) EGO
Merupakan ibu bagi segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) RIAK
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlako-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

i) CINTA DUNIA
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barangan buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


TAZKIRAH: JANGAN BERFIKIR UNTUK SEDEKAH

Dari Abu Hurairah R.A. dari Nabi Muhammad SAW, sabdanya: "Ada seorang lelaki berkata, "Aku hendak bersedekah pada malam ini. "Lalu dia keluar membawa sedekahnya dah disedekahkannya kepada perempuan lacur. Esok pagi orang banyak mempercakapkan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi orang sedekah. Orang itu berujar, "Wahai, Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur. Aku akan bersedekah lagi." Dia pergi pula membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya.

Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang memberi sedekah kepada orang kaya. Lalu orang yang bersedekah itu berkata, "Wahai, Allah! untuk-Mulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan seekahku jatuh kepada orang kaya. Aku akan bersedekah lagi." Dia pergi pula membawa sedekahnya, dan diberikannya kepada si pencuri. Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang bersedekah kepada pencuri. Orang yang bersedekah itupun beujar, "Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri."

Kemudian orang itu didatangi malaikat seraya bertanya: "Sedekah anda sudah diterima baik oleh masing-masing orang yang anda beri sedekah. Adapun perempuan lacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur; kepad asi kaya semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula; dan untuk si pencuri, semoga dia berhenti mencuri." [ HR Muslim ]

Berdasarkan hadis ini jelas sekali kepada kita bahawa sedekah kita tetap diterima oleh Allah seandainya ada keikhlasan di atas apa yang disedekahkan oleh kita. Sesiapa pun yang menerima sedekah kita tidak menjadi masalah, walaupun mungkin pada pandangan nilaian mata manusia sedekah yang kita lakukan berlaku di luar adat manusia. Tetapi bila kita membaca mafhum hadis ini jelas sekali apabila kita timbul niat untuk bersedekah, maka jangan kita berfikir panjang kepada siapa dan berapakah jumlahnya yang akan kita keluarkan untuk bersedekah.

Lelaki yang disebut di dalam hadis ini tidak menghiraukan apa juga perkaaan yang keluar walaupun sedekah yang dikeluarkan tidak menepati nilaian mata manusia, namun apa yang lebih penting ialah nilaian amal kebajikan di sisi Allah SWT.

Jadilah golongan yang memberi kerana kedudukannya jauh lebih mulia berbanding mereka yang menerima. Sesungguhnya tangan yang berada diatas itu lebih baik dari tangan yang dibawah. Allah SWT amat memuliakan golongan yang memberi ini, tetapi seandainya mereka memberi tetapi dalam keadaan si peneima tidak redha dan merasa benci dengan pemberian dan sedekahnya kerana wujud kejian dan kata-kata yang tidak baik, maka adakah ianya mendapat rahmat di sisi Allah? Mudah-mudahan amal baik kita ini diterima oleh Allah SWT.


Wednesday, October 21, 2009

KISAH: DOA SI-SEPET YANG MAKBUL

Satu hari dizaman seorang khalifah telah berlakunya kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun sudah beberapa bulan. Perintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk melakukan solat sunat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Akan tetapi hujan tidak turun juga. Khalifah telah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh dan yang mempunyai ikutan yang ramai, untuk berdoa bersama-sama kepada Allah tetapi keadaan tetap tidak berubah.

Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil kehadapan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya datang seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa dengan khalifah. " Ya khalifah saya datang untuk menyahut seruan tuanku". Khalifah macam tidak begitu yakin apabila melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? sedangkan ramai ulama dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?" Pemuda itu menjawab, "InsyAllah doa kita akan dimakbulkan!".

Pemuda itu terus mengimami jemaah dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya. Khalifah terus bertanya, "Wahai pemuda cuba kamu ceritkan kepada beta, apakah amalanmu sehingga doamu diperkenankan Allah?" Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dahulu saya begitu asyik melihat wajah seornag gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari melaksanakan perintah Allah. Saya menyesal atas kejahilan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar daripada rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahilan itu dan mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus malekukan sujud syukur.


Followers